Hak-hak wanita Islam di dalam perkahwinan – Muhammad Izhar bin Mohd Salehuddin

PERKAHWINAN sememangnya diimpikan oleh setiap manusia dan adalah salah satu cara untuk mendidik seorang individu memikul bertanggungjawab dalam memimpin ahli keluarganya dalam mengejar keredhaan Tuhan. Apabila terbentuknya institusi perkahwinan, maka setiap pasangan sama ada suami mahupun isteri hendaklah memahami hak-hak serta tanggungjawab masing-masing bagi memastikan mahligai rumahtangga yang dibina itu sentiasa kukuh dan dipenuhi dengan keberkatan. Adalah wajib untuk para isteri mengetahui tentang hak mereka yang wajib dilaksanakan oleh suami yang ditimbal balik berdasarkan tanggungjawab mereka sebagai seorang isteri kepada suami.

Antara hak yang selalu dibangkitkan adalah hak kepada isteri untuk menerima nafkah, iaitu nafkah zahir dan nafkah batin. Dalam pemahaman secara umum nafkah zahir adalah merujuk kepada pemberian nafkah oleh suami kepada isteri dalam bentuk penyediaan makanan, pakaian, tempat tinggal serta keperluan asas untuk isteri dimana wajib disediakan oleh suami. Surah Al-Talaq ayat 6 menjelaskan berkenaan perkara ini yang bermaksud: “Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuanmu dan janganlah kamu menyusahkan mereka dan menyempitkan hati mereka. Dan jika mereka (isteri-isteri yang sudah ditalaq) itu sedang hamil maka berikanlah kepada mereka nafkahnya hingga mereka bersalin.”

Manakala nafkah batin adalah merujuk kepada tanggungjawab suami kepada isteri yang mana tidaklah terhad kepada menggauli dan bersama dengan isteri sahaja tetapi juga termasuk mendengar luahan isteri, berbual dan bermesra dengan isteri dan mendidik dan memberikan ajaran agama kepada isteri. Isteri juga berhak untuk dilayan dengan baik menerusi komunikasi yang berhemah, bertolak ansur, bersikap adil dan tidak melakukan apa-apa yang boleh mendatangkan mudharat. Hadith Rasulullah SAW menyebut: “Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Pergaulilah kaum wanita itu dengan pergaulan yang lemah lembut, kerana sesungguhnya kaum wanita itu dijadikan dari tulang rusuk dan sesungguhnya tulang rusuk itulah yang sebengkok-benkoknya ialah yang paling atas. Maka apabila engkau hendak meluruskannya, luruskannlah dengan perlahan dan apabila tidak diluruskan, ia sentiasa bengkok selama-lamanya. Oleh sebab itu pergaulilah wanita dengan pergaulan yang lemah lembut”. Islam telah bertindak dengan adil kepada wanita dari sudut menjaga dan memperkasakan hak wanita terutamanya dari sudut tuntutan hak-hak nafkah mereka seperti yang dijelaskan dalam kitab suci Al-Quran.

Ketika ini, kita dapat lihatsemakin ramai wanita di luar sana yang berjuang untuk mendapatkan hak-hak mereka di Mahkamah Syariah. Sebelum ini perkara berkaitan tuntutan hak ini dipandang sepi namun zaman telah berubah dan semakin banyak pendedahan diberikan kepada masyarakat berkenaan hak-hak mereka. Walaupun perkahwinan yang dibina tidak berpanjangan, namun masih banyak lagi tanggungjawab yang si suami harus sempurnakan terhadap isteri yang mereka tinggalkan.

Menyempurnakan hak wanita adalah sejajar dengan langkah kerajaan dalam menandatangani Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terdadap Wanita (CEDAW) yang menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan mengambil langkah-langkah berpatutan untuk menghapuskan sebarang diskriminasi terhadap wanita. Ini termasuklah menangani kelompongan beberapa tatacara di Mahkamah Syariah dalam menangani permasalahan yang dihadapi kaum wanita.

Contohnya, apabila wujud kelonggaran dalam memastikan kaum wanita yang mengalami penderaan dalam perkahwinan diberikan bantuan dalam tuntutan fasakh secara ex-parte (atau secara sebelah pihak, tanpa kehadiran suami). Badan perundangan setiap negeri harus memperhalusi tatacara dalam Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga bagi mengemaskan tatacara supaya wanita yang mengalami penderitaan kerana didera si suami boleh mempercepatkan proses tuntutan fasakh tanpa terus dihantui trauma penderaan.

Contoh lain adalah dengan memastikan prosiding di Mahkamah Syariah seluruh negara boleh dipercepatkan proses bagi memastikan hak-hak seperti nafkah muta’ah diberikan kepada kaum isteri untuk membantu mereka dalam meneruskan penghidupan selepas penceraian.

Kerajaan Malaysia harus mengambil banyak lagi langkah proaktif dalam memenuhi tanggungjawab yang dipersetujui di bawah CEDAW. Ini bukan saja baik untuk imej negara tetapi lebih utama lagi, bagi memastikan martabat tinggi seorang wanita diberikan tempat yang sebetulnya dalam kehidupan bermasyarakat.

*PENULIS adalah pengamal undang-undang sivil dan syariah dan aktivis Concerned Lawyers for Justice, sebuah NGO gabungan dalam MACSA.

* Disiarkan melalui ruangan Cakna, Utusan Malaysia Januari 18, 2018.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s