KENYATAAN MEDIA: Pengumuman Penyerahan Laporan Gabungan Ke Pertubuhan Bangsa Bersatu, Geneva

26 MAC 2018

Gabungan Organisasi Masyarakat Sivil Di Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) atau Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process (ringkasnya MACSA) ditubuhkan pada 27 Oktober 2017 sebagai penzahiran permuafakatan 47 organisasi masyarakat sivil Islam (ICSO) dalam menyumbangkan idea, tenaga dan kepakaran masing-masing untuk mengoptimumkan penyertaan masyarakat sivil di dalam proses Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review atau UPR) bagi Malaysia yang masuk pusingan ketiga menjelang bulan November kelak.

download

Sidang Media pada hari ini diadakan untuk mengumumkan laporan pemegang kepentingan (Stakeholders’ Report) MACSA yang akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Kerja, Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) (UNHRC). Laporan pemegang kepentingan ini akan dijadikan salah satu rujukan bagi melicinkan proses UPR bagi Malaysia yang dijangka akan diadakan pada minggu 5-16 November 2018.

Sidang Media ini juga berhasrat mengumumkan dua laporan penyelidikan oleh anggota gabungan MACSA, iaitu Amalan Diskriminasi dan Gangguan Seksual di kalangan Wanita Bekerja di Malaysia oleh WAFIQ dan Isu Hak-hak Perumahan oleh CAPE.

Dalam menghasilkan laporan setebal 16 mukasurat ini, MACSA telah menyambung inisiatif ICSO semenjak 2013 dengan mengadakan siri latihan di Malaysia dan Geneva bagi memberikan pendedahan kepada para peguam, ahli akademik dan aktivis ICSO yang menyertai usaha ini. Selain itu, MACSA juga telah mengadakan siri perundingan bersama sebanyak mungkin ICSO melalui kerjasama pelbagai badan lain seperti Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (YADIM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN), Gabungan NGO Islam Negeri Sabah (CONCERN) dan Majlis Tindakan Dakwah NGO Islam Negeri Sarawak dan beberapa ahli akademik di universiti-universiti tempatan.

Di samping itu, MACSA telah terlibat di dalam beberapa siri perundingan bersama Wisma Putra bagi memberikan input terhadap usaha kerajaan melaksanakan syor-syor daripada pusingan kedua UPR pada tahun 2013, selain bertemu dengan pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) untuk menyatakan pendirian kami mengeni isu-isu berkaitan usaha penambahbaikan situasi hak asasi manusia di Malaysia.

MACSA telah memutuskan untuk memberikan penumpuan pada 7 tema utama di dalam laporan pemegang kepentingannya, iaitu 1) Marginalisasi komuniti dari pembangunan ekonomi, sosial dan budaya, 2) Hak-hak golongan Orang Kurang Upaya (OKU), 3) Diskriminasi berdasarkan kepercayaan 4) Isu-isu berkaitan hak-hak Wanita, Kanak-kanak dan Seksualiti 5) Hak Kehidupan, 6) Perpaduan Nasional dan 7) Hak-hak Belia. Kesemua 7 tema tersebut mengandungi perincian tentang isu-isu yang menjadi perhatian di kala ini dan disertakan syor-syor kepada pihak kerajaan Malaysia dalam usaha memperbaiki, mempertahankan serta mempromosi hak-hak berkaitan.

Laporan pemegang kepentingan MACSA ini mewakili sebahagian besar suara rakyat Malaysia yang mahukan kerajaan Malaysia memberikan perhatian khusus kepada usaha memperbaiki situasi dan keadaan hak asasi manusia di Negara kita. Laporan ini disediakan bagi membantu Jawatankuasa Kerja UPR UNHRC untuk menilai dan memperolehi gambaran tepat dan lebih berwibawa, serta menyerlahkan perspektif yang betul mengenai usaha memperomosi dan mempertahankan hak asasi manusia menurut Dekklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR 1948) tanpa mengenepikan realiti sejarah, latarbelakang sosio-budaya serta tuntutan semasa sebuah Negara berdaulat seperti Malaysia menurut acuan Perlembagaan Persekutuan, undang-undang Syariah serta lain-lain peruntukan undang-undang di Negara ini.

Adalah diharapkan syor-syor di dalam laporan pemegang kepentingan MACSA ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya pihak Kerajaan Malaysia di dalam menjalani proses UPR pada bulan November kelak.

MACSA ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat memastikan laporan pemegang kepentingan ini dapat disempurnakan, khususnya kepada anggota-anggota gabungan MACSA, badan-badan gabungan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) serta seluruh lapisan masyarakat Malaysia yang turut memberikan respons terhadap usaha MACSA memperbaiki, mempertahankan serta mempromosi hak-hak asasi manusia.

AZRIL MOHD AMIN
Ketua Eksekutif, Centre For Human Rights Research & Advocacy (CENTHRA) merangkap Pengerusi MACSA

PROF MADYA DR. RAFIDAH HANIM MOKHTAR
Presiden, Perikatan Wanita Antarabangsa Untuk Institusi Keluarga & Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) merangkap Pengerusi Bersama MACSA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s