“Bagi mengelak dari terjerumus ke dalam lingkaran hujah-hujah yang terkongkong dalam kerangka politik kepartian semata-mata, adalah penting untuk peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan itu sendiri diteliti dan dinilai secara cermat, objektif dan menyeluruh. Tetapi ini pun belum tentu lagi boleh menjamin sepenuhnya objektiviti dalam menilai, kerana agenda-agenda kepartian adakalanya masih dapat menyusup ketika proses pentafsiran dilakukan. Sebagai misalan, kita melihat ada yang bertegas bahawa Malaysia tidak boleh dikatakan beridentitikan Islam kerana perlembagaannya kononnya disusun dari pilar-pilar sekular, sedangkan terdapat bukti-bukti kukuh solid lagi konkrit bagi menyatakan sebaliknya.”
Muat-turun keseluruhan kertas kerja di sini: Mengulang-Tegas Kedudukan Islam
Pingback: The Solution is but One: Abide by the Federal Constitution | Concerned Lawyers for Justice –C.L.J–