(VIDEO) Kerangka Negara Islam vs. Negara Sekular adalah kerangka yang salah

Wakil CLJ, Aidil Khalid menerangkan mengapa kita tidak harus terperangkap dengan kerangka polemik negara Islam vs. negara sekular. Sebaliknya apa yang lebih utama ialah untuk mengulang-tegas kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan sistem perundangan negara, serta menghapuskan mitos bahawa kononnya Malaysia negara sekular.

Advertisements

One thought on “(VIDEO) Kerangka Negara Islam vs. Negara Sekular adalah kerangka yang salah

  1. Pertama kali apabila kita mahu berhujah mengenai sekular atau tidak, kita kena fahami arti sekular dari perspektif orang eropah sendiri. Bagaimana konsep sekular itu terjadi dieropah. Kenapa mereka memilih sekularism atau komunism atau sosialism.
    “kerangka polemik negara Islam vs. negara sekular” adalah tidak tepat kerana sekularism itu adalah pemisahan golongan paderi dari kerajaan. Kenapa pemisahan paderi dari kerajaan itu menjadi keutamaan kerajaan Amerika? Kenapa sekularism itu menjadi pilihan cara pemerintahan orang eropah?
    Mengikut Presiden Amerika yang awal, jika paderi dibenarkan dalam sistem pemerintahan mereka akan mencari jalan meletakan diri mereka di atas sekali sebab itu Amerika memastikan paderi tiada dalam sistem pemerintahan mereka.
    Apakah sistem perundangan yang orang eropah lari? Mereka lari dari sistem feudal, sistem beraja dimana Emperor mereka dilantik oleh Pope yang mengaku suara Tuhan di dunia.
    Lama kelamaan rakyat biasa, the peasants tidak tahan di kerah berperang oleh Raja Raja mereka dan mereka menyedari manusia ini semua sama tarafnya. Maka lahir lah fahaman demokrasi. Sekali gus paderi paderi hilang kuasa mereka kerana setiap rakyat mempunyai kuasa undi yang sama.
    Adakah Malaysia satu negara sekular itu satu mitos? ” mitos bahawa kononnya Malaysia negara sekular.”
    Jika anda tidak tahu apa itu sekular bagaimana anda tahu ia mitos atau tidak.
    Ujian untuk menentukan sama ada Malaysia sekular atau tidak mengikut takrif orang Eropah adalah menjawap 3 soalan ini.

    1. Adakah Malaysia mengamalkan demokrasi, satu suara satu undi?
    2. Adakah Malaysia mengamalkan konsep sama rata?
    3. Adakah Malaysia mengamalkan sistem feudal?

    Jika 1 dan 2 adalah ya dan 3 adalah tidak maka, terimalah , Malaysia sebuah negara sekular..muahaha Ia bukan mitos. Ia adalah fakta.
    Jadi tak perlu berpusing pusing. Jika Malaysia mengamalkan demokrasi, itu adalah konsep sekular.
    Oppositenya, jika Malaysia mengamalkan feudalism maka kita bukan sekular.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s